Quantcast
Channel: KL Urbanite
Viewing all 40 articles
Browse latest View live

KFC Malaysia Kini Telah Ada Perkhidmatan KFC Delivery

$
0
0

Biasanya kita hanya mendengar perkhidmatan delivery fast food dari pizza atau McDonald’s, tetapi kini KFC Malaysia telah mempunyai perkhidmatan KFC delivery di Malaysia. Kalau sebelum ini kita terpaksa ke mana-mana cawangan terdekat KFC untuk mendapatkan ayam goreng original atau hot and spicy, kini anda hanya perlu dail nombor 1300-222-888 untuk perkhidmatan delivery dan ayam KFC anda akan dihantar terus ke rumah.

Sebelum mendail KFC Delivery, pastikan rumah anda berada di dalam kawasan penghantaran kerana buat masa ini outlet KFC yang membuat penghantaran terhad di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Anda boleh menyemak kawasan penghantaran dengan melayari laman web facebook KFC di http://www.facebook.com/KFCMalaysia/app_139229522811253# atau menelefon nombor 1300-222-888.

Memandangkan servis delivery sudah ada, kami pon cubalah untuk melihat sendiri efisien atau tidak service delivery KFC. Selepas membuat panggilan dan membuat pilihan makanan, dalam masa 30 minit makanan dari KFC pon sampai.

KFC Delivery

Ayam goreng yang dihantar dari KFC telah diletakkan dalam packaging khas untuk mengekalkan ayam goreng dalam keadaan yang panas.

KFC Original Hot and Spicy Delivery

Memang ayam goreng yang sampai masih dalam keadaan panas walaupon tidak sepanas seperti baru keluar dari oven.

Untuk perkhidmatan delivery ini anda akan dicaj RM3 dan belian minimum ialah RM15.

Walaupon harga set makanannya mungkin lebih mahal sedikit berbanding kalau dibeli di outlet KFC, tetapi servis delivery ini ternyata sangat membantu terutamanya bagi sesiapa yang rasa malas untuk keluar rumah. Thumbs up untuk KFC yang memperkenalkan servis delivery ini walaupon agak sedikit ketinggalan berbanding dengan makanan fast food lain yang telah lama ada perkhidmatan delivery ini.

Adakah kami akan menggunakan servis delivery ini lagi di masa akan datang? Sudah pasti sekiranya kami rasa malas sangat nak keluar rumah atau memasak. Sekurang-kurangnya kini ada pilihan lain, kalau tidak asyik burger dengan pizza sahaja lah yang kami akan panggil untuk delivery.

The post KFC Malaysia Kini Telah Ada Perkhidmatan KFC Delivery appeared first on .


Mencari Ikan Bakar Sedap di KL : Ikan Bakar Pak Din Tanglin

$
0
0

Pasti ramai yang tertanya-tanya di mana nak dapatkan ikan bakar yang sedap di KL? Ikan Bakar Pak Din yang terletak di medan selera Tanglin memang terkenal di kalangan warga kota dan pelancong dari negara luar juga pernah sampai ke sini. Sekiranya anda datang ke sini pada waktu lunch hari bekerja, anda pasti dapat melihat orang yang ramai menjamu selera di sini. Begitulah hebatnya penangan ikan bakar Pak Din.

Apa yang sebenarnya sedap sangat dengan ikan bakar Pak Din? Bagi kami, sos pencicah yang digunakan untuk ikan bakarnya memang berada pada kelasnya yang tersendiri. Rasa pencicahnya membuatkan ikan bakar di sini menjadi sedap dan sebab itulah sudah menjadi kelaziman ikan bakar Pak Din menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di hari bekerja.

Kunjungan kami kali ini dibuat pada hari Sabtu dan pelanggan tidak seramai hari bekerja. Nak cari table pon senang sikit. Memandangkan lokasi ikan bakar Tanglin yang tersorok di tengah KL dan jauh dari kawasan kediaman, boleh dikatakan jumlah pengunjung yang datang kesini pada hari Sabtu adalah agak mengkagumkan. Mungkin kebanyakannya adalah pelanggan tetap atau pernah mendengar kesedapan ikan bakar Pak Din dari kawan-kawan yang pernah ke sini.

Sampai sahaja di sini anda boleh terus memilih tempat duduk di bahagian belakang kedai. Ada banyak khemah yang disediakan untuk pengunjung disini.

Ikan Bakar Tanglin Pak Din KL

Anda boleh terus memilih ikan bakar yang anda suka dan ianya akan dihantar ke meja anda. Air pula boleh diambil secara layan diri dan lauk pauk nasi putih boleh diambil di bahagian hadapan kedai.

Dari segi layanan pula, pujian harus diberi pada Pak Din dimana beliau sendiri secara aktif melibatkan diri dalam memastikan kelancaran bisnes makanannya. Di sini memang tidak sunyi dengan suara Pak Din yang sentiasa menarik perhatian pengunjung ke sini.

Gambar Pak Din sedang membakar ikan di gerainya.

Pak Din Ikan Bakar Tanglin

Untuk sesi makan-makan kali ini, kami telah memilih ikan keli, ikan pari dan ikan terubok.

Ikan Keli Bakar Tanglin Sedap

Ikan Pari Bakar Tanglin Best KL

Ikan Terubok Bakar Sedap KL

Jumlah harga untuk kesemua ikan, lauk nasi putih dan air adalah RM60. Pak Din turut bermurah hati bagi diskaun lagi genapkan harga jadi RM60.

Keseluruhannya kami berpuas hati makan di sini. Sambal cicah ikan bakar disini memang best dan menaikkan selera makan. Kombinasi pencicah dan ikan bakar disini memang terbaik. Bagi mendapatkan rasa yang terbaik, anda boleh minta sos pencicah dicurah terus ke ikan bakar anda. Anda juga boleh meminta ikan anda dibakar semula jika ikan tersebut masih belum masak sepenuhnya.

Ikan Bakar Pak Din di Tanglin dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 3.30 petang dan ditutup pada hari Ahad. Dan bagi yang ingin ke sini, medan selera ini terletak berhadapan dengan Klinik Kesihatan Tanglin. Bagi yang baru lepas berjalan ke Butterfly Park Kuala Lumpur bolehlah singgah untuk lunch ikan bakar di gerai Pak Din yang terletak tidak jauh dari Butterfly Park.

Bagi yang memerlukan map ke Ikan Bakar Pak Din di Tanglin KL, bolehlah rujuk dibawah.

Map Ikan Bakar Tanglin Pak Din

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.


Ikan Bakar Pak Din @ Tanglin
Jalan Cenderasari
50646, Kuala Lumpur,

Koordinat GPS: U 3.144179 T 101.690657

The post Mencari Ikan Bakar Sedap di KL : Ikan Bakar Pak Din Tanglin appeared first on .

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak : Makanan Western Murah dan Sedap

$
0
0

Bagi yang mencari makanan western yang murah dan sedap di KL, anda boleh cuba grilled lamb steak special yang terdapat di Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak. Restoran ini telah direkomen oleh rakan lain yang pernah ke sini dan saya pon membuat keputusan untuk mencubanya sendiri. Restoran ini terletak di Rawang dan perjalanan dari Kuala Lumpur mungkin akan mengambil masa lebih kurang 30 minit sekiranya jalan tidak sesak.

Mencari restoran ini buat pertama kali mungkin akan sukar sedikit kerana kurangnya landmark untuk membantu anda mengenal pasti lokasi kedai Pak Ngah. Walaubagaimanapon, sekiranya anda bertolak dari Kuala Lumpur menggunakan Jalan Kuching, anda akan melalui beberapa kawasan seperti Selayang, Templer Park dan pekan Rawang. Setibanya anda di Rawang, anda akan dapat melihat sebuah Tesco baru di sebelah kiri anda dan terdapat sebuah pusingan U lebih kurang 1.4km daripada Tesco. Anda perlu membuat pusingan U dan anda boleh menghimpit kiri kerana kedai tersebut terletak di sebelah kiri jalan lebih kurang 200 meter dari pusingan U tersebut.

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

Apa yang istimewanya disini ialah Lamb Steak Special. Bagi yang tidak makan kambing, disini juga terdapat pilihan ayam panggang istimewa. Memandangkan kami datang dari jauh, kenalah cuba signature dish disini iaitu Lamb Steak Special. Harga untuk sepinggan lamb steak special ialah RM18. Bagi saya harganya adalah berpatutan untuk standard KL.

Lamb steak special sedap Pak Ngah Hilmi

Lamb steak special ini didatangkan sekali dengan kentang goreng, potato wedges, coleslaw, salad dan buah oren.

Lamb Steak Grilled Halal

Tidak dilupakan jus tembikai (RM2.50) sebagai pelengkap hidangan dinner kali ini.

Jus tembikai sedap

Apakah pendapat kami tentang makanan disini? Rasa lamb steak special disini boleh tahan sedap dan pada pendapat kami ianya disebabkan oleh sos black pepper yang digunakan disini. Rasa sosnya membuatkan anda berselera dan daging kambingnya juga dipanggang dengan baik. Hasilnya daging kambing yang dihidangkan tidak hangus dan juga tidak diberikan kepada kami dalam keadaan yang belum masak. Jus tembikainya juga ok. Servis dan hiasan dalaman disini pula adalah biasa sahaja.

Bagi kami, sekiranya anda inginkan makanan western yang dijual pada harga berpatutan dan rasanya sedap bolehlah datang ke sini untuk mencubanya. Cuma jangan harapkan restoran yang fancy kerana restoran ini terletak di tepi jalan berdekatan dengan banyak bengkel di kawasan Rawang.

Pak Ngah Hilmi Lamb Grilled Steak dibuka setiap hari dari pukul 4 petang hingga 12 malam dan ditutup pada hari Isnin.

Untuk panduan anda ke sini anda boleh merujuk map di bawah atau telefon nombor ini 0129332709/0192284344 untuk panduan arah jalan.

Map Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.


Pak Ngah Hilmi Lamb Grilled Steak
Jalan Lama Rawang,
Rawang, Selangor

Koordinat GPS: U 3.306619 T 101.589158

The post Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak : Makanan Western Murah dan Sedap appeared first on .

Senarai Hotel Dengan Sijil Halal JAKIM di Kuala Lumpur

$
0
0

Promosi buffet Ramadhan banyak dibuat dalam bulan Ramadhan ini dihotel tetapi adakah hotel tersebut mempunyai sijil halal dari JAKIM? Disini saya senaraikan hotel yang masih mempunyai sijil halal yang sah dari JAKIM setakat post ini ditulis.

Bil
Nama Hotel
Tarikh Sah Sijil
1Pearl International Hotel16/08/2012 - 15/08/2014
2Ancasa Hotel Kuala Lumpur01/06/2012 - 31/05/2014
3Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur01/07/2011 - 30/06/2013
4Brisdale International Hotel 01/12/2012 - 30/11/2014
5Cititel Express Hotel Kuala Lumpur01/04/2013 - 31/03/2015
6Cititel Mid Valley Kuala Lumpur16/10/2012 - 15/10/2014
7Concorde Hotel Kuala Lumpur 16/07/2011 - 15/07/2013
8Crystal Crown Hotel 01/08/2012 - 31/07/2014
9Dorsett Regency Hotel 01/07/2011 - 30/06/2013
10Dynasty Hotel Kuala Lumpur01/08/2012 - 31/07/2014
11Grand Pacific Hotel01/01/2013 - 31/12/2014
12Grand Seasons Hotel16/08/2012 - 15/08/2014
13GTower Hotel Kuala Lumpur16/12/2012 - 15/12/2014
14Hotel Grand Continental Kuala Lumpur16/06/2013 - 15/06/2015
15Kuala Lumpur International Hotel16/07/2012 - 15/07/2014
16Hotel Putra Kuala Lumpur16/09/2012 - 15/09/2014
17Selesa Inn Kuala Lumpur 16/09/2012 - 15/09/2014
18Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur01/10/2011 - 30/09/2013
19City Villa Kuala Lumpur01/03/2013 - 28/02/2015
20MH Hotel & Residences Kuala Lumpur16/05/2013 - 15/05/2015
21Midah Hotel Kuala Lumpur01/10/2011 - 30/09/2013
22The Zon All Suites Residences On The Park16/07/2012 - 15/07/2014
23Olympic Sports Hotel KL16/07/2011 - 15/07/2013
24Peninsula Residence Hotel Kuala Lumpur 16/04/2013 - 15/04/2015
25Hotel Seri Petaling16/05/2012 - 15/05/2014
26Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur16/07/2011 - 15/07/2013
27PNB Darby Park Executive Suites Kuala Lumpur01/02/2012 - 31/01/2014
28Hotel Royal Kuala Lumpur16/06/2013 - 15/06/2015
29Vistana Hotel Kuala Lumpur16/02/2012 - 15/02/2014
30Progress Wira Hotel16/07/2011 - 15/07/2013
31Quality Hotel City Centre16/02/2012 - 15/02/2014
32Regency International Hotel01/07/2011 - 30/06/2013
33Hotel Maya Kuala Lumpur16/08/2011 - 15/08/2013
34Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur16/09/2012 - 15/09/2014
35Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel16/12/2011 - 15/12/2013
36JW Marriott Hotel Kuala Lumpur01/08/2011 - 31/07/2013
37Star Points Hotel Kuala Lumpur16/07/2012 - 15/07/2014
38Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur01/02/2013 - 31/01/2015
39Hotel Maluri16/08/2012 - 15/08/2014
40Hotel Doubletree By Hilton Kuala Lumpur01/11/2011 - 31/10/2013
41The Plaza Hotel Kuala Lumpur16/02/2013 - 15/02/2015
42The Royale Bintang Kuala Lumpur 16/12/2011 - 15/12/2013
43The Royale Chulan Kuala Lumpur16/12/2012 - 15/12/2014
44The Westin Hotel Kuala Lumpur01/08/2011 - 31/07/2013
45Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur01/10/2012 - 30/09/2014
46Hotel Istana01/07/2012 - 30/06/2014
* Terkini sehingga 1 Julai 2013
Kesemua maklumat mengenai status hotel yang mempunyai sijil halal dari JAKIM yang ditulis disini telah diambil dari laman web rasmi Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan adalah yang terkini setakat pada 1 Julai 2013. Untuk mendapatkan maklumat yang terkini tentang status hotel yang mendapat pensijilan halal dari JAKIM anda boleh pergi ke laman web rasminya di http://www.halal.gov.my/v3.

Selain itu anda juga boleh muat turun aplikasi Halal Square untuk Android dan iPhone dari Google Play atau iTunes terus ke telefon pintar anda. Dengan adanya aplikasi Halal Square ini, lebih mudah untuk anda menyemak status halal restoran atau hotel yang ingin anda pergi.

Dalam keghairahan mencari tempat untuk berbuka puasa di hotel, pastikan anda menyemak dahulu status halal hotel tersebut kerana masih ada hotel di Kuala Lumpur yang tidak mendapat pensijilan halal dari JAKIM. Walaupon mungkin akan ada pihak yang memperkatakan tentang kesukaran untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM kerana terdapat banyak syarat yang perlu dipenuhi serta proses yang lambat, pihak hotel harus lebih sensitif dengan keperluan masyarakat muslim di Malaysia.

Dengan majoriti rakyat di Malaysia adalah orang Islam, industri halal di Malaysia adalah satu industri yang lumayan dan pihak hotel harus memastikan hotel tersebut terus mendapat pensijilan halal supaya pengunjung yang beragama Islam akan terus mengunjungi hotel tersebut dan dapat menikmati makanan tanpa was-was.

Dengan lebih 40 hotel di Kuala Lumpur dari 3 bintang hingga 5 bintang yang telah mendapat pensijilan halal dari JAKIM, bolehlah anda memilih hotel yang sesuai dengan bajet anda dan berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.

The post Senarai Hotel Dengan Sijil Halal JAKIM di Kuala Lumpur appeared first on .

Promosi Buffet Ramadhan 2013

$
0
0

Pasti anda sedang mencari tempat untuk berbuka puasa di luar. Disini saya senaraikan promosi buffet Ramadhan 2013 di hotel dan restoran sekitar KL dan Selangor. Sekiranya anda ingin menyemak status halal dengan JAKIM anda boleh pergi ke laman web rasmi JAKIM atau ke entri kami sebelum ini mengenai senarai hotel dengan status halal JAKIM. Selamat berbuka puasa dari kami di KL Urbanite.

JW Marriott Hotel Kuala Lumpur
183 Jalan Bukit Bintang
Reservations: 03 2719 8666
Price @ Polside: RM75.00++ (Dewasa)
Price @ 4th floor: RM65.00++ (Dewasa)

Ramadhan inspired by nenek’s kitchen. Over 130 traditional recipes.


Hotel Maya Kuala Lumpur
138, Jalan Ampang,
Reservations: 03 2711 8866
Price: RM116 (Dewasa) RM70 (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Whether to break fast or to enjoy a sumptuous dinner in the city, you will be tantalized by the endless array of culinary dishes from the Peninsula states.


Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur
No.3, Jalan Jambu Mawar, Off Jalan Kepong
Reservations: 03 6259 4422
Price: RM68 + (Dewasa) RM28 + (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)


Berjaya Times Square Hotel
1 Jalan Imbi
Reservations: 03 2117 8000
Price: RM98 ++ (Dewasa) RM49 ++ (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)


Kuala Lumpur Convention Centre
Kuala Lumpur City Centre
Reservations: 03 2333 2866
Price: RM127.20 nett (Dewasa) RM63.60 nett (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)


Cititel Mid Valley
Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur
Reservations: 03 2296 1188
Price: 12 – 14 July 2013 RM60 ++ (Dewasa) RM30 ++ (Kanak-kanak)
Price: 15 – 31 July 2013 RM70 ++ (Dewasa) RM35 ++ (Kanak-kanak)
Price: 1 – 6 August 2013 RM60 ++ (Dewasa) RM30 ++ (Kanak-kanak)


Dorsett Regency Kuala Lumpur
172 Jalan Imbi
Reservations: 03 2716 1000
Price: RM80 ++ (Dewasa)


Dynasty Hotel Kuala Lumpur
218 Jalan Ipoh
Reservations: 03 4043 7777
Price: RM70 ++ (Dewasa) RM35 ++ (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Sajian tradisi antaranya kerabu nangka muda, rendang tok, gulai kambing, ayam shawarma, lemang, serunding, daging kerutup, sate, sambal kerang, kari ketam, kari kepala ikan, sotong masak lemak, roti jala, kari ayam, murtabak, daging mesammah, kambing mysore, pengat nangka dan bubur pulut hitam

Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur
No 72 Jalan Pahang
Reservations: 03 2697 8888
Price: RM79++

GTower Hotel @ Rajang
199, Jalan Tun Razak
Reservations: 03 2168 1919
Price: RM90++

Kuala Lumpur International Hotel
Lorong Haji Hussein, Off Jalan Raja Muda Abd Aziz
Reservations: 03 2697 8833
Price: RM50++ (Dewasa) RM25++ (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

- Promosi untuk pemegang kad kredit Maybank / Public Bank / Standard Chartered Bank / Bank Rakyat – Diskaun 20%
- Pakej warga emas – Diskaun 50%
- Promosi beli 1 percuma 1 untuk 5 hari pertama Ramadhan dan 4 hari terakhir Ramadhan

Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur
Kuala Lumpur City Centre
Reservations: 03 2380 8888
Price: RM138++ (Dewasa) RM69++ (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

Midah Hotel
No.8 Jalan Kampong Attap
Reservations: 03 2273 9999
Price: RM60 nett (Dewasa) RM30 nett (Kanak-kanak 6 – 12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas)

Peninsula Residence All Suite Hotel
10, Jalan Semantan, Bukit Damansara
Reservations: 03 2084 1515
Price: RM38 nett (Dewasa) RM23 nett (Kanak-kanak)

Hotel Sri Petaling
30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling
Reservations: 03 9058 2323
Price: RM68++ (Dewasa) RM38++ nett (Kanak-kanak 5 – 12 tahun dan warga emas)

Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur
117, Jalan Pudu
Reservations: 03 2141 3333
Price: Minggu pertama dan keempat RM70 ++ (Dewasa) RM35 ++ (Kanak-kanak/Warga emas)
Price: Minggu kedua dan ketiga RM80 ++ (Dewasa) RM40 ++ (Kanak-kanak/Warga emas)

PNB Darby Park Executive Suites @ 10Binjai
10 Jalan Binjai
Reservations: 03 7490 3838
Price: RM79++ (Dewasa)

Promosi harga buffet Ramadhan untuk hari minggu adalah RM59++

PNB Darby Park Executive Suites @ The 39 Restaurant
10 Jalan Binjai
Reservations: 03 7490 3939
Price: RM99++ (Dewasa)

Promosi harga buffet Ramadhan untuk hari minggu adalah RM79++

Hotel Royal Kuala Lumpur @ Makan Coffee House
Jalan Walter Grenier
Reservations: 03 2148 6888 ext 2855
Price: RM69++ (Dewasa)

Promosi harga buffet Ramadhan 2013 : Diskaun 50% untuk kanak=kanak 6 hingga 12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas

Vistana Hotel Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh
Reservations: 03 4042 8000
Price: RM55 (Dewasa)

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Jalan Putra
Reservations: 03 4042 5555
Price: 11 July – 13 July: RM80 nett
Price: 14 July – 3 August: RM98 nett
Price: 4 August – 6 August: RM80 nett

StarPoints Hotel
149 Jalan Masjid India
Reservations: 03 2698 1866
Price: RM60 nett (Dewasa) RM30 nett (Kanak-kanak 7 – 12 tahun)

Sunway Putra Hotel
100 Jalan Putra Kuala Lumpur
Reservations: 03 4042 9888
Price: RM88++ (Dewasa) RM44++ (Kanak-kanak)

The Royale Chulan Kuala Lumpur
5 Jalan Conlay
Reservations: 03 2688 9729
Price: RM108++ (Dewasa) RM44++ (Kanak-kanak)
Promotion Price: RM90 nett dari 8 hingga 13 Julai 2013 dan 3 hingga 7 Ogos 2013

The Royale Bintang Kuala Lumpur
Jalan Bukit Bintang
Reservations: 03 2688 9729
Price: RM75++ (Dewasa) RM37++ (Kanak-kanak dari 6 – 12 tahun dan warga emas)

Promosi early bird: Untuk pembelian voucher sebelum 9 Julai 2013, setiap 5 voucher yang dibeli percuma 1 voucher

The Westin Kuala Lumpur
199, Jalan Bukit Bintang
Reservations: 03 2731 8333
Price: RM128++ (Dewasa) RM64++ (Kanak-kanak)

Hotel Istana Kuala Lumpur
73 Jalan Raja Chulan
Reservations: 03 2141 9988
Price: Minggu pertama RM88.00++ (Dewasa)
Price: Minggu kedua dan ketiga RM120.00++ (Dewasa)
Price: Minggu keempat RM88.00++ (Dewasa)

Dewan Perdana Felda
Jalan Maktab
Reservations: 03 2698 8302
Price: RM75 nett (Dewasa) RM46 nett (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Felda Villa
Jalan Maktab
Reservations: 03 2692 5397
Price: RM62 nett (Dewasa) RM37 nett (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Bora Ombak
Persiaran Mamanda 1
Reservations: 03 4251 6303
Price: RM45+ (Dewasa) RM35+ (Kanak-kanak)

Istana Bambu Restaurant
Jalan Hulu Kelang – Ampang
Reservations: 03 4251 4717
Price: RM48 (Dewasa) RM24 (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Cyberview Resort & Spa
Persiaran Multimedia, Cyberjaya Selangor
Reservations: 03 8312 7015
Price: RM108 nett(Dewasa)

Concorde Hotel Shah Alam @ Melting Pot Cafe
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor
Reservations: 03 5512 2200
Price: RM89++ (Dewasa) RM44.50++ (Kanak-kanak)

Concorde Hotel Shah Alam @ Grand Ballroom
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor
Reservations: 03 5512 2200
Price: RM75++ (Dewasa) RM37.50++ (Kanak-kanak)

Eastin Hotel Petaling Jaya
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya
Reservations: 03 7665 1111
Price: RM98++ (Dewasa) RM49++ (Kanak-kanak)

Flamingo Hotel by the lake Kuala Lumpur
5, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang
Reservations: 03 4256 3288
Price: RM75 nett (Dewasa) RM40 nett (Kanak-kanak)

Grand Bluewave Hotel Shah Alam @ Royale Songket
Persiaran Perbandaran, Shah Alam
Reservations: 03 5511 8811
Price: RM108++ (Dewasa) RM60++ (Kanak-kanak 4 – 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas)

Grand Bluewave Hotel Shah Alam @ Rebana Hall
Persiaran Perbandaran, Shah Alam
Reservations: 03 5511 8811
Price: RM89++ (Dewasa) RM50++ (Kanak-kanak 4 – 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas)

Pusat Konvensyen Shah Alam
Shah Alam
Reservations: 03 5511 8858
Price: RM75++ (Dewasa)

Lebih 100 hidangan antaranya kambing kebuli, masakan nusantara dan masakan Palestin

Hotel Armada Petaling Jaya
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52
Reservations: 03 7954 6888
Price: RM78++ (Dewasa)

One World Hotel
First Avenue, Bandar Utama City Centre
Reservations: 03 7681 1111
Price: RM128 (Dewasa) rm64 (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

Royale Bintang The Curve @ The Window Restaurant and The Terrace
6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
Reservations: 03 7843 1111
Price: RM65++ (Dewasa)

Royale Bintang The Curve @ Asam Pedas
6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
Reservations: 03 7843 1111
Price: RM38++ (Dewasa)

Sunway Resort Hotel & Spa @ Fuzion Level 1
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway
Reservations: 03 7495 1888
Price: RM128++ (Dewasa)

Sunway Resort Hotel & Spa @ Atrium Cafe Lobby Level
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway
Reservations: 03 7495 1888
Price: RM98++ (Dewasa)

Hilton Petaling Jaya
2, Jalan Barat, Petaling Jaya
Reservations: 03 7955 9122
Price: First week of Ramadhan RM109++ (Dewasa) 50% discount for children below 12 years old
Price: The following weeks RM129++ (Dewasa) 50% discount for children below 12 years old

Hotel Singgahsana Petaling Jaya
Persiaran Barat, Off Jalan Sultan
Reservations: 03 7956 2100
Price: RM69 nett (Dewasa) 50% discount for children 6 – 12 years old

The Saujana Hotel Kuala Lumpur
Saujana Resort, Jalan Lapangan Terbang SAAS
Reservations: 03 7843 1234
Price: RM105++ (Dewasa)

Promosi Buka Puasa: Ahli SGCC dan pemegang kad kredit AMEX dan CIMB akan menerima diskaun 20% untuk harga buffet dinner buka puasa.

De Palma Hotel Ampang
Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point
Reservations: 03 4270 7070
Price: RM89 nett (Dewasa) RM45 nett (Kanak-kanak 6 -12 tahun)

Hotel Equatorial Bangi Putrajaya
Off Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
Reservations: 03 8210 2222
Price: RM102.10 (Dewasa) RM52.20 (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

Residence Hotel @ Uniten
Kampus Putrajaya, Km 7, Jalan IKRAM-UNITEN, 43009 Kajang
Reservations: 03 8922 2088
Price: RM69.60 (Dewasa)

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.

The post Promosi Buffet Ramadhan 2013 appeared first on .

Buka Puasa Buffet @ Silka Maytower Hotel & Serviced Residences

$
0
0

Kali ini kami ingin bercerita tentang buffet dinner buka puasa untuk tahun 2013 di Silka Maytower Hotel & Serviced Residences yang akan diadakan dari 9 Julai hingga 7 Ogos 2013. Kami telah dijemput oleh Silka Maytower Hotel untuk menghadiri preview session ini dan seperti biasa kami tidak akan lupa untuk membawa sekali sahabat karib kami iaitu kamera Nikon D600 ke preview ini.

Dengan temanya Juadah Tradisi Kampung, anda pasti akan mengimbau kembali makanan tradisi yang selalu disajikan oleh ibu kita di kampung seperti lemang, rendang daging, rendang ayam, ikan patin tempoyak, bubur lambuk dan banyak lagi. Terdapat pelbagai pilihan makanan untuk buffet ini dan anda pasti akan rambang mata. Seperti kebiasaannya, live stall yang menyajikan kambing panggang akan menarik perhatian saya.

Kambing Panggang Buka Puasa Buffet Silka Hotel

Bagi kami kambing panggang ini mesti anda cuba sekiranya anda berbuka puasa disini kerana rasanya sedap dan sos black pepper yang digunakan juga boleh tahan enaknya. Dan satu lagi sajian yang mesti ada dalam mana-mana buffet buka puasa ialah sate. Kalau tiada sate rasanya macam tidak lengkap set menu buffetnya.

Sate Buka Puasa Silka Hotel

Satenya juga sedap dan rugi kalau tidak cuba. Yang paling best, chef disini akan memasaknya secara live.

Sate dan Kambing Panggang Buka Puasa Buffet

Bila sudah bercerita tentang makanan tradisi, sudah pasti lemang tidak akan terkecuali. Untuk melengkapkan lemang anda boleh memilih rendang ayam atau daging sebagai pencicahnya.

Lemang Buka Puasa Buffet Silka Hotel

Hentian seterusnya adalah menu utama buffet buka puasa di Silka. Menu utama yang disajikan disini terdiri daripada beberapa lauk tradisi orang Melayu. Terdapat beberapa sajian yang disajikan seperti ayam kuzi, rendang daging, rendang ayam dan banyak lagi. Bak kata pepatah bahasa Inggeris ‘A picture is worth a thousand words’, let the pictures do the talking

Ayam Kuzi Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Ayam Kuzi

Ayam Rendang Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Ayam Rendang

Daging rendang Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Daging Rendang

Kari Kepala Ikan Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Kari Kepala Ikan

Labu Kuning Masak Lemak Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Labu Kuning Masak Lemak

Oxtail Sup Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Oxtail Sup

Udang galah Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Udang Galah Goreng Berempah

Patin Tempoyak Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Ikan Patin Tempoyak

Siput sedut Buka Puasa Buffet Silka Hotel
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Daging masak kicap buffet buka puasa hotel
Daging Masak Kicap

Melihat kepada jumlah sajian utama lauk disini, saya yakin pasti anda tidak mampu untuk makan kesemuanya. Kami pon tidak terkecuali dan hanya mampu untuk mencuba beberapa sajian sahaja kerana sudah kekenyangan.

Selepas habis menjamu selera tiba masanya untuk mencuba pencuci mulut dan juga minuman disini. Pelbagai pilihan disajikan untuk buffet kali ini dan sudah semestinya kena ada kuih tradisi seperti bahulu. Bagi yang tidak biasa dengan kuih tradisi, pastri moden juga turut disajikan.

Dessert buka puasa buffet silka

Kuih Buka Puasa Silka

Minuman Jus Silka Buka Puasa Buffet Hotel

Kami juga turut diperkenalkan dengan chef yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk buffet buka puasa bagi tahun 2013 ini di Silka Maytower. Menurut Chef Khairil Azar, antara signature dish untuk buffet kali ini ialah ikan patin tempoyak dan bagi yang berhajat untuk berbuka puasa disini, bolehlah mencuba ikan patin tersebut.

Chef Buka Puasa Buffet Silka Hotel

Selepas hampir 2 jam disini, apakah konklusinya? Berbaloi ke untuk datang kesini? Bagi kami, sebarang buffet yang ada menyajikan kambing panggang dan pada harga yang berpatutan memang berbaloi untuk pergi. Di Silka Maytower,harga yang diletakkan untuk buffet dinner ‘Juadah Tradisi Kampung’ ini ialah RM78++ (dewasa) dan RM25++ (kanak-kanak 4 hingga 12 tahun).

Kalau nak dibandingkan harganya dengan hotel lain di sekitar Lembah Klang, harganya boleh dianggap sebagai berpatutan. Dan dari segi pilihan makanannya pula, seperti yang telah saya sebut sebelum ini, kami tidak mampu untuk mencuba kesemuanya kerana pilihannya yang pelbagai dari sajian utama hinggalah ke murtabak, mee rebus, otak-otak dan banyak lagi. Dan kami berpendapat antara makanan yang sedap dan harus anda cuba dalam menu buffet kali ini ialah kambing panggang, ayam kuzi dan sate.

Yang lebih menarik, Silka Maytower mengadakan promosi buka puasa di minggu pertama dan terakhir dimana anda akan diberi diskaun 50%. Bagi yang ingin mengambil kesempatan di atas promosi diskaun 50% ini, bolehlah singgah ke restoran La Maison @ Silka Maytower Hotel & Serviced Residences. Harga yang diberikan untuk buffet buka puasa ini selepas diskaun memang sangat berbaloi. Dimana lagi nak cari buffet buka puasa di hotel yang harganya bawah RM50 di KL kan. Oleh sebab itu, bagi yang tidak mahu lepaskan peluang keemasan ini bolehlah pergi semasa minggu pertama dan keempat.

Selain itu, warga emas berusia 55 tahun dan ke atas akan dapat menikmati diskaun 50% sepanjang promosi buffet dinner ini.

Bagi yang akan sibuk membeli belah pakaian hari raya dan tudung di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sepanjang bulan Ramadhan ini, bolehlah singgah untuk berbuka puasa disini kerana kedudukan Silka Maytower yang tidak jauh dari Jalan TAR dan Jalan Masjid India.

Sekiranya anda ingin membuat tempahan berbuka puasa di sini, anda boleh telefon restoran La Maison di talian 0326929298 .

Bagi yang memerlukan map untuk sampai ke Silka Maytower, anda boleh merujuk map di bawah. Selamat berbuka puasa dan menjalankan ibadat di bulan Ramadhan.

Maps Silka Maytower

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.


Silka Maytower Hotel & Serviced Residences
7 Jalan Munshi Abdullah,
50100, Kuala Lumpur

Koordinat GPS: U 3.154076 T 101.698447

The post Buka Puasa Buffet @ Silka Maytower Hotel & Serviced Residences appeared first on .

Buffet Ramadhan Review @ JW Marriott Hotel KL

$
0
0

Sempena bulan Ramadhan ini, JW Marriott Hotel KL akan mengadakan buffet Ramadhan yang mengambil inspirasi dari ‘Nenek’s Kitchen’. Kami telah diberikan kesempatan untuk mencuba makanan yang akan dihidangkan di Marriott KL dalam preview sessionnya bersama media. Dengan lebih 130 hidangan tradisi yang akan dihidangkan, anda pasti akan rambang mata untuk memilih makanan.

Sampai sahaja ke poolside JW Marriott kami sudah tertarik dengan live action stall yang menghidangkan ikan bakar, kambing panggang dan juga sate.

Kambing Panggang Buffet Ramadhan 2013 Marriott Hotel Restoran KL

Penggemar kambing panggang pasti akan seronok bila melihat kambing panggang ini. Disini anda boleh memilih untuk mencicah daging kambing dengan beberapa sos yang disediakan. Bagi kami memang rugi kalau tidak cuba kambing panggang bila dah sampai sini.

Hotel Marriott KL Buffet Ramadhan 2013

Selain kambing panggang, antara sajian yang harus anda cuba ialah sate ayam dan dagingnya. Satenya dibakar dengan baik dan kurang hangit. Sate ni kalau boleh jangan makan yang terlalu hangit kerana ianya mengandungi karbon yang boleh mendatangkan kesan karsinogen yang boleh membawa barah. Sebab tu kena rajin makan timun selepas makan sate. Jangan lupa cuba sate di sini. Memang terbaik dan kuahnya pon mantap.

Sate Buffet Ramadhan 2013 Marriott Hotel

Bagi peminat ikan bakar pula, terdapat beberapa jenis ikan bakar yang anda boleh pilih dalam sajian buffet Ramadhan ini. Antaranya ialah ikan pari, ikan cencaru dan ikan kembung. Bila dah makan ikan bakar sudah tentulah kena ada pencicahnya dan disini ada beberapa jenis sos seperti sambal belacan, sambal kicap dan air asam.

Ikan Bakar Buffet Ramadhan 2013 Marriott Hotel KL

Selain daripada live action stall, buffet Ramadhan di JW Marriott KL turut menyajikan beberapa lauk tradisi orang Melayu seperti sambal udang dengan petai, ikan keli kuah lemak, ayam masak merah, paru goreng berlada dan pelbagai lagi.

Ayam Percik Buffet Ramadhan 2013 Marriott Hotel KL

Ayam percik

Daging Lada Hitam Buffet Ramadhan 2013 Marriott KL

Daging lada hitam

Sambal udang petai buffet ramadhan 2013 Marriott Hotel KL Selangor

Sambal udang petai

Tempe Buffet Ramadhan 2013 Marriott Hotel

Tempe goreng

Bagi penggemar ulam pula pasti akan terpesona dengan pelbagai pilihan ulam yang terdapat di Marriott KL.

Ulam Marriott Buffet Ramadhan 2013

Petai Buffet Ramadhan 2013 Hotel Restoran

Acar Buffet Ramadhan 2013 Hotel Restoran

Seperti selalunya bila kami ke buffet seperti ini, nasi memang tidak akan termasuk dalam list makan kami sebab bila dah makan nasi, akan cepat kenyang jadi rugilah datang ke sini. Biasanya stall yang menghidangkan lauk yang best akan menarik perhatian kami untuk mencubanya.

Selepas selesai menikmati lauk pauk di sini, hentian seterusnya sudah semestinya kuih muih dan pencuci mulut. Kuih muih dan buah-buahan yang dihidangkan disini masih mengekalkan konsep makanan tempatan dan tidak hairanlah kalau dilihat banyak kuih tempatan seperti kuih buah melaka dan bahulu terdapat dalam buffet Ramadhan kali ini.

Dessert Kuih Gula Melaka Buffet Ramadhan 2013 Hotel Restoran

Buah Buahan Buffet Ramadhan 2013 Hotel

Pengat pisang pon ada dalam sajian buffet ini.

Pengat Pisang Buffet Ramadhan 2013 Marriott KL

Kalau yang nak rasa rojak pon boleh dapat di sini.

Rojak Buffet Ramadhan 2013 Hotel Restoran

Rojak Buffet Ramadhan 2013 Marriott Hotel Restoran

Lepas dah tengok gambar antara sajian yang terdapat dalam buffet kali ini, pasti ada yang tertanya-tanya siapakah chef yang memasak untuk buffet Ramadhan tahun 2013? Sebenarnya hidangan ini adalah hasil kolaborasi antara chef di sini dan juga nenek yang telah menurunkan resepi tradisinya. Siapakah nenek tu?

Nenek Chef Marriott Hotel KL Buffet Ramadhan 2013

Inilah dia nenek yang telah menurunkan resipi tradisinya untuk dihidangkan kali ini kepada pengunjung yang akan datang ke Marriott Hotel Kuala Lumpur.

Apakah pendapat kami tentang buffet di Marriott KL? Sedap dan berbaloi tak? Bagi kami antara highlight utama buffet kali ini sudah semestinya adalah sate dan kambing panggang. Kedua-dua hidangan ini memang sedap. Sup kambingnya juga sedap dan berbaloi untuk dicuba. Daging rendangnya pon sedap cuma dalam kesibukan kami mencuba hidangan disini kami terlupa untuk mencuba pengat pisangnya.Rasa macam rugi pulak tak cuba. Seperti kebiasaannya tak semua makanan dapat kami cuba kerana faktor kekenyangan. Dari segi pilihan makanan yang dihidangkan, terdapat pelbagai variety yang anda boleh pilih disini. Dan dari segi harganya kami berpendapat ianya berpatutan dengan kualiti makanan dan servis pelayan disini yang bertaraf 5 bintang.

Venue buffet Ramadhan disini juga adalah menarik dan lebih santai kerana dibuat di poolside.

Buffet Ramadhan 2013 Poolside Hotel

Anda tidak perlu risau dengan status halalnya kerana JW Marriott telah mendapat pensijilan halal dari JAKIM. Surau juga disediakan di LL3 untuk kemudahan anda solat sepanjang berada di sini.

Bagi yang berminat untuk mencuba buffet Ramadhan di Hotel JW Marriott KL, buffetnya akan diadakan di dua tempat iaitu di poolside dan level 4. Harga buffet Ramadhan di poolside adalah RM75++ dan di level 4 adalah RM65++. Apa yang membezakan dua venue ini adalah lokasinya dimana poolside lebih santai dan ekslusif berbanding dilevel 4. Pilihan terletak di tangan anda.

Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu supaya tidak pulang hampa. Anda boleh membuat tempahan dengan menelefon nombor 0327198666.

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.

JW Marriott Hotel Kuala Lumpur
183, Jalan Bukit Bintang,
55100, Kuala Lumpur

Koordinat GPS: U 3.147855 T 101.714008

The post Buffet Ramadhan Review @ JW Marriott Hotel KL appeared first on .

Senarai Buffet Ramadhan 2013 Yang Murah dan Bawah RM50

$
0
0

Anda sedang mencari buffet Ramadhan 2013 yang murah, bajet dan harganya bawah RM50? Disini kami senaraikan restoran dan hotel sebagai pilihan tempat berbuka puasa yang ada menawarkan buffet di sepanjang bulan Ramadhan 2013 di bawah harga RM50. Kami juga ada menyenaraikan beberapa tempat yang harganya lebih sedikit dari RM50 untuk anda buat pilihan. Yang lebih menarik ada sebahagian dari restoran, katerer dan hotel yang menyediakan promosi buka puasa ini ada menyediakan kambing panggang dalam menu buffetnya. Tidak semestinya buffet Ramadhan yang mahal sahaja mempunyai menu yang best. Sekiranya anda rajin membuat carian, pasti anda akan menjumpai tempat berbuka puasa yang memberikan anda value for your money. Untuk pertanyaan lanjut mengenai buffet atau ingin membuat tempahan berbuka puasa, anda boleh menghubungi terus restoran atau hotel tersebut menggunakan nombor telefon yang telah disenaraikan di bawah.

Bagi yang ingin membuat semakan halal JAKIM, anda boleh pergi ke laman web http://www.halal.gov.my/v3/. Selamat berbuka puasa dari kami di KL Urbanite

Sakura Kristal Taman Melawati
301, Jalan Bandar 11, Taman Melawati Kuala Lumpur
Reservations: 0341085897
Price: RM39++ (Dewasa) RM20++ (Kanak-kanak)

RK Recipe Cafe
B7-G-2, Lorong Melaka, Pusat Bandar Melawati Kuala Lumpur
Reservations: 0341626440
Price: RM30 (Dewasa)

Berbuka puasa secara buffet di restoran milik pasangan pelakon Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayoob

BreadTies
9138 , Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Ulu Klang
Reservations: 0341054651
Price: RM39.90 (Dewasa) RM24.90 (Kanak-kanak)

Kanak-kanak bawah 5 tahun makan percuma. Buffet Ramadhan di BreadTies menyajikan pelbagai hidangan makanan fusion.

Cosy Place Wangsa Maju
27-29, Jalan Wangsa Delima 2A, K.L. Suburban Centre III, Section 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Reservations: 0341436885
Price: RM38+ (Dewasa) RM28+ (Kanak-kanak 4-12 tahun)

Menu istimewa kambing golek disediakan hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


Dejavu Restaurant
104, Dataran Jelatek, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur
Reservations: 03 4253 2101
Price: RM34.90 nett (Dewasa) RM15 nett (Kanak-kanak 4-12 tahun)

Vistana Hotel Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh
Reservations: 03 4042 8000
Price: RM55 (Dewasa)

Radius International Hotel
51-A, Changkat Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Reservations: 0327153888
Price: RM48 nett (Dewasa) RM30 nett (Kanak-kanak 6-12 tahun) Warga emas

Zarlith Catering
Lot 39606, Jalan 10/12A, Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur
Reservations: 0362514444
Price: RM20 nett (Dewasa) RM14 nett (Kanak-kanak 5-12 tahun)

Naili’s Place Sentul
116C, Jalan Taman Dato Senu, 51000, Sentul
Reservations: 0193930878
Price: RM45 nett (Dewasa) RM25 nett (Kanak-kanak 7-12 tahun)

Shazana Pau Shop & Cafe
Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Reservations: 0326021062
Price: RM35 nett (Dewasa)

Harga diskaun untuk Isnin hingga Jumaat RM30 nett untuk dewasa

Restaurant Khan Baba
16-18, Jln Jernai, Medan Idaman, Gombak
Reservations: 0340216995 (Setapak Branch)
Price: RM29.90+ (Dewasa) RM15+ (Kanak-kanak 5-10 tahun)

Menyajikan makanan arab, briyani, kebab, dan BBQ.

Riverstone Eco Resort
Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Sungai Tua, 86100 Batu Caves, Selangor
Reservations: 603 9200 4181
Price: RM40 nett (Dewasa) dan RM22 nett (Kanak-kanak 6-12 tahun)

Bora Ombak
Persiaran Mamanda 1
Reservations: 03 4251 6303
Price: RM45+ (Dewasa) RM35+ (Kanak-kanak)

Istana Bambu Restaurant
Jalan Hulu Kelang – Ampang
Reservations: 03 4251 4717
Price: RM48 (Dewasa) RM24 (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)


Restoran Intai Intai
Lot 378 Backyard, MRR2, 68000 Ampang
Reservations: 0196167044
Price: RM49.90 nett dewasa, RM30 nett (Kanak-kanak 5-12 tahun)


Wadi Hawdramawt
Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur
Reservations: 0342533333
Price: RM53 (Dewasa) RM29 (Kanak-kanak)


SOULed OUT Ampang
Ground Floor, Menara HSC, 187 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Reservations: 0321811626
Price: RM50++ (Dewasa) RM28++ (Kanak-kanak 3-10 tahun)

Laziz Restaurant
18,Jalan Solaris 5, Mont Kiara, Kuala Lumpur
Reservations: 0362036607
Price: RM50 nett (Dewasa) RM25 nett (Kanak-kanak 7-12 tahun)

Kelab Golf Perkhidmatan Awam
Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur
Reservations: 0379551216
Price: RM59.90 nett (Dewasa) RM32 nett (Kanak-kanak 4-12 tahun)

Pannaz
G-8, Jalan PJU8/3, Damansara Perdana, Petaling Jaya
Reservations: 03 7710 0099
Price: RM48 nett (Dewasa) RM22 nett (Kanak-kanak)

Promosi Ramadhan Buffet 2013 beli 10 free 1. Antara menu makanan ialah makanan melayu dan juga makanan BBQ.

Peninsula Residence All Suite Hotel
10, Jalan Semantan, Bukit Damansara
Reservations: 03 2084 1515
Price: RM38 nett (Dewasa) RM23 nett (Kanak-kanak)


Royale Bintang The Curve @ Asam Pedas
6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
Reservations: 03 7843 1111
Price: RM38++ (Dewasa)

IKEA Buffet Dinner
2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara
Price: RM50 nett (Dewasa) RM25 nett (Kanak-kanak)

Harga istimewa untuk ahli IKEA FAMILY : RM35 (dewasa) dan ahli Smalish : RM15 (Kanak-kanak)

Ramadhan Buffet Steamboat @ Hotel Singgahsana PJ
Reservations: 03 7956 2100
Price: RM25 nett (Dewasa) Diskaun 50% untuk kanak-kanak 6-12 tahun

Restoran Murni @ Sunway Mentari
12, Jalan PJS 8/13, Dataran Mentari, Petaling Jaya
Reservations: 0356112062
Price: RM35 (Dewasa) RM20 (Kanak-kanak 4-11 tahun)

Little Pantry
G02 & G18 Ground Floor, IOI Mall Puchong, 47100 Puchong
Reservations: 0380708527
Price: RM45++ (Dewasa) RM35++ (Kanak-kanak)

Ar Raudhah Steamboat
10, Jalan USJ 11/3J, Subang Jaya
Reservations: 0173717699
Price: RM29.50 (Dewasa) RM23.80 (Warga emas 65 tahun dan ke atas) RM13 (Kanak-kanak 4-11 tahun)

Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad

Kelab Shah Alam
Ground Floor, Menara HSC, 187 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Reservations: 0321811626
Price untuk ahli: RM53 nett (Dewasa) RM26.50 nett (Kanak-kanak 4-12 tahun)
Price untuk bukan ahli: RM59.35 nett (Dewasa) RM29.70 nett (Kanak-kanak 4-12 tahun)

Kambing panggang disediakan setiap hari

Hotel UiTM Shah Alam
Persiaran Raja Muda, 40450 Shah Alam Selangor
Reservations: 0355192069
Price: RM48 nett (Dewasa) RM28 nett (Kanak-kanak 4-10 tahun) RM38 nett (Warga emas 60 tahun ke atas)

Intekma Resort and Convention Centre Shah Alam
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, Shah Alam
Reservations: 0355225000
Price: RM55 nett (Dewasa) RM37 nett (Kanak-kanak) RM50 nett (Warga emas dan OKU)

Klang Executive Club (Bersebelahan AEON Jusco Bukit Raja)
Persiaran Bukit Raja 2, Bandar Baru Klang
Reservations: 0333443888
Price: RM48 (Dewasa – bukan ahli) RM45 (Dewasa – ahli) RM28 (Kanak-kanak 12 tahun kebawah dan warga emas 55 tahun keatas)

Hidangan istimewa kambing golek KEC

Crystal Crown Hotel Pelabuhan Klang
217 Persiaran Raja Muda Musa, Klang
Reservations: 03 3165 4422
Price: RM50 nett (Dewasa) RM30 (Kanak-kanak 5-12 tahun)


Seri Keningau
Lot 2555, Batu 5 Jalan Meru, Klang
Reservations: 03 3392 4277
Price: RM38.90 nett (Dewasa) RM27.90 (Kanak-kanak)

Diskuan 10% sekiranya tempahan dibuat sebelum pukul 2 petang. Istimewa kambing panggang.


Selera Iftar MH @ Dewan Bankuet UPM Serdang
Reservations : 0122612233 (Sheliza)
Price: RM49.50 nett (Dewasa) RM25 nett (Kanak-kanak 6-12 tahun)

Diskaun bagi yang datang dalam kumpulan 10 orang, orang ke 11 makan secara percuma. Untuk sampai ke sini, gunakan pintu 8. Hidangan istimewa kambing panggang.

Begonia Coffee House @ Puri Pujangga
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Reservations: 03 8922 2891
Price: RM50 nett (Dewasa) RM25 (Kanak-kanak 6-12 tahun)

Special ada kambing dalam menu buffet

Taman Ekuestrian Putrajaya
Presint 5, Putrajaya
Reservations: 0388886080 / 0388811270
Price: RM48 nett (Dewasa) RM38 nett (Kanak-kanak 6-12 tahun)

Arlbowl Cafe @ Alamanda
Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Presint 1, Putrajaya
Reservations: 0388894991
Price: RM45 nett (Dewasa) RM22.50 nett (Kanak-kanak 6-12 tahun)

Bayou Coffeehouse @ Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api, 63000 Cyberjaya
Reservations: 0126036528 / 0169680293
Price: RM45 nett (Dewasa) RM30 nett (Kanak-kanak 6-10 tahun)

Antara sajian istimewa ialah Bayou’s Famous Lamb

Chakri Express Putrajaya
Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya
Reservations: 0388901616
Price: RM49.90++ (Dewasa) RM25.90++ (Kanak-kanak 6-10 tahun dan warga emas)

Perangsang Templer Golf Club
1, Templer Park Resort, 48000 Rawang
Reservations: 0360910022
Price: RM48.80 nett (Dewasa) RM23.20 nett (Kanak-kanak 6-12 tahun)

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.

The post Senarai Buffet Ramadhan 2013 Yang Murah dan Bawah RM50 appeared first on .


Naili’s Place Ampang : Tempat Makan Santai

$
0
0

Bagi yang mencari tempat makan menarik di Kuala Lumpur untuk santai bersama keluarga dan kawan-kawan bolehlah singgah ke Naili’s Place Ampang. Naili’s Place memang sudah tidak asing lagi dengan warga Ampang dan Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat dari segi kehadiran pengunjung ke Naili’s Place. Sekiranya nasib anda tidak berapa baik, anda mungkin terpaksa menunggu untuk mendapatkan tempat makan disana.

Apa yang membuatkan Naili’s Place Ampang ini menarik adalah dari segi rekaan dalaman restoran ini yang membuatkan kita terasa seperti berada di Hawaii. Penggunaan lampu malap juga menimbulkan mood yang romantik ketika menjamu selera di Naili’s Place.

Nailis Place Ampang Ambience Romantik Cantik Restaurant

Nailis Place Ampang Ambience Cantik Romantik

Terdapat pelbagai pilihan makanan yang terdapat di Naili’s seperti makanan tempatan dan juga makanan western. Kunjungan kali ini kami telah mencuba beberapa makanan seperti kuey teow goreng, spaghetti dan nasi ayam penyet.

Nailis Place Ampang Kuey Teow Sedap Restaurant

Harga sepinggan kuey teow goreng ini adalah RM9.90. Harganya mungkin sedikit mahal jika dibandingkan dengan kedai lain tetapi itulah harga premium yang perlu dibayar untuk menikmati suasana di restoran ini. Dari segi rasanya pula, makanannya adalah enak dan cukup ramuannya tetapi agak berminyak. Kalau minyaknya dikurangkan kuey teow gorengnya pasti lebih sedap.

Nailis Place Ampang Spaghetti

Harga sepinggan spaghetti pula adalah RM15.90. Harga spaghetti ini adalah berpatutan jika dibandingkan dengan kuey teow goreng tadi.

Nailis Place Ampang Nasi Ayam Penyet

Nasi ayam penyet ini pula berharga RM16.90. Nasi ayam penyet ini sedikit mengecewakan dari segi rasa dan juga harganya. Memandangkan harganya yang sedikit mahal untuk nasi ayam penyet, saya sebenarnya mengharapkan hidangan yang setanding dengan rasa Nasi Ayam Penyet di Wong Solo. Yang pastinya ayam penyet Wong Solo masih yang terbaik untuk saya.

Nailis Place Ampang Restaurant Jus Tembikai

Segelas jus tembikai disini berharga RM8.90. Jumlah harga makanan dan minuman yang kami bayar untuk tiga orang ialah RM70.30.

Kesimpulannya adakah berbaloi untuk makan di sini? Pada pendapat kami, disini adalah tempat yang sesuai untuk datang makan sambil bersantai dengan keluarga atau kawan-kawan. Jangan datang kesini dengan expectation yang tinggi untuk menjamu selera makanan yang sedap. Rasa makanan disini biasa sahaja tetapi sekiranya anda inginkan suasana yang romantik dan sanggup berbelanja lebih sedikit, maka Naili’s Place tidak akan mengecewakan anda. Suasana restoran disini memang best dan servisnya juga cepat memandangkan Naili’s Place di waktu puncak memang selalu full house.

Untuk sampai kesini, anda boleh menggunakan MRR2 dan restoran ini terletak dideretan kedai pejabat berhampiran Ampang Point. Naili’s Place Ampang terletak di corner lot dan berada satu deret dengan Standard Chartered Bank cawangan Ampang. Selain di Ampang, Naili’s Place turut mempunyai sebuah cawangan lain di Sentul. Sekiranya anda inginkan tempat yang lebih besar, anda boleh mencuba Naili’s Place di Sentul yang terletak di Kampung Dato Senu.


Naili’s Place Ampang
Jalan Mamanda 7,
Ampang, Selangor Darul Ehsan

Koordinat GPS: U 3.159586 T 101.750535

The post Naili’s Place Ampang : Tempat Makan Santai appeared first on .

Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang Jalan TAR

$
0
0

Sekiranya anda teringin untuk makan nasi kandar Pulau Pinang anda boleh pergi ke Restoran Mohd Yaseem yang terletak di Jalan TAR. Restoran ini terletak sebaris dengan Nasi Kandar Kudu. Seperti biasa di sini anda boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk seperti ayam goreng, ketam, sotong, ayam madu, daging kicap dan banyak lagi.

Disebabkan orang pon tidak berapa ramai semasa kami datang, kami pon tak perlu beratur terlalu lama. Tak sampai 5 minit kami dah boleh memilih lauk pilihan masing-masing. Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Tune Hotel KL, Maju Junction membuatkan anda mudah untuk sampai ke sini. Bagi yang sedang bercuti di Kuala Lumpur dan menginap di Hotel Tune KL di Jalan TAR bolehlah mencuba makanan di sini. Jaraknya pon tidak terlalu jauh dari hotel. Within walking distance je.

Restoran Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang

Nasi Kandar Yasmeen Kuala Lumpur Sedap

Nasi Kandar KL Sedap

Pada pendapat kami rasa nasi kandar disini bolehlah dan lebih sedap jika nak dibandingkan dengan banyak kedai mamak lain di Kuala Lumpur. Tetapi dah tentulah rasanya tidak kaw macam nasi kandar di Pulau Pinang. Sekiranya anda tidak meletakkan expectation yang terlalu tinggi anda akan rasa berpuas hati dengan nasi kandar di Restoran Yasmeen. Sekurang-kurangnya dapatlah melepaskan rasa teringin pada nasi kandar.

Di Restoran Yasmeen anda boleh memilih sama ada untuk makan di bahagian yang berhawa dingin atau yang tidak berhawa dingin. Kalau nak selesa sikit bolehlah makan di bahagian yang berhawa dingin.

Kami berpendapat harga nasi kandar disini berpatutan. Jumlah harga makanan yang kami bayar untuk 3 hidangan termasuk air ialah RM26.70. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat di Kuala Lumpur, rasanya dah makin susah nak cari nasi kandar murah di Kuala Lumpur.

Bagi yang ingin mencuba Nasi Kandar Yasmeen, anda boleh pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bagi yang dah biasa pergi ke Nasi Kandar Kudu, Restoran Nasi Kandar Yasmeen terletak sebelum anda sampai ke Nasi Kandar Kudu. Sekiranya anda dari Jalan Pahang anda hanya perlu memandu terus menuju ke Jalan TAR dan restoran ini terletak di sebelah kiri anda dan pastikan anda tidak terlajak sehingga ke Tune Hotel KL. Anda boleh meletakkan kenderaan anda di beberapa kawasan parking yang terletak di lorong bersebelahan Nasi Kandar Kudu.

Nasi Kandar Mohd Yaseem KL

Restoran ini juga dibuka 24 jam. Jangan lupa untuk postkan feedback anda disini untuk rujukan pembaca lain. Selamat menjamu selera.


Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang
351 dan 353 Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100, Kuala Lumpur

Telefon : 0326948927

Koordinat GPS: U 3.161028 T 101.697506

The post Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang Jalan TAR appeared first on .

Restoran Rumah Thai Taman Melati

$
0
0

Destinasi makan kali ini membawa kami ke Restoran Rumah Thai cawangan Taman Melati yang terletak sebaris dengan restoran Sate Kajang Haji Samuri. Rumah Thai menyajikan pelbagai aneka masakan yang biasa terdapat di mana-mana kedai makanan Thai yang lain seperti ayam pandan, butter prawn, ayam gajus, kerapu tiga rasa, kerabu mangga dan banyak lagi.

Setibanya disana, kami telah memilih set menu untuk dua orang yang berharga RM50. Makanan yang terdapat dalam pakej ini termasuklah butter prawn, ayam pandan, tomyam songkhla, sayur dan nasi putih. Bagi melengkapkan set ini kami telah menambah ikan siakap masak 3 rasa.

Kami menunggu hampir 30 minit untuk makanan sampai ke meja dan boleh dianggap servisnya sedikit lambat. Pemerhatian kami menunjukkan ketika kami sampai ke restoran ini pelayannya tidak begitu ramai dan tidak dapat menampung jumlah pelanggan yang sedikit ramai pada waktu tersebut. Walaubagaimanapon kami masih sabar menanti dan mengharapkan makanannya sedap agar berbaloi penantian kami.

Ayam Pandan Rumah Thai

Selepas menunggu hampir 30 minit, akhirnya makanan telah tiba. Ayam pandan yang disajikan nampak lazat pada pandangan mata kami. Rasanya juga boleh tahan cuma mungkin portionnya tidak berapa banyak.

Butter Prawn Thai

Butter prawn yang disajikan juga nampak enak walaupon saiz udangnya mungkin tidak berapa besar.

Ikan Siakap 3 Rasa

Ikan siakapnya juga rangup tetapi secara peribadi saya lebih sukakan ikan siakap tiga rasa di Restoran Sharin Low.

Tomyam Songkhla

Tomyam Songkhla yang mengandungi pelbagai ramuan dari ikan hinggalah ke sotong dan udang.

Kailan Ikan Masin

Kailan ikan masin melengkapkan sajian makan tengahari kami di Rumah Thai.

Secara peribadinya kami berpuas hati dengan masakan yang disajikan pada kami walaupon mungkin servisnya sedikit lambat dari apa yang kami harapkan. Dekorasi dalaman kedainya juga agak santai walaupon mungkin sedikit malap lampunya.

Harga makanan disini mungkin sedikit mahal jika dibandingkan dengan gerai-gerai yang menyajikan masakan Thai tetapi comparable dengan restoran Thai yang lain seperti Pha Pha Garden. Sekiranya anda inginkan kelainan anda bolehlah berkunjung ke sini untuk menikmati makanan asli Thai. Bagi yang ingin kesini, anda bolehlah merujuk peta di bawah.

Map Restoran Rumah Thai Melati

Restoran Rumah Thai


Restoran Rumah Thai
69G Jalan Melati Utama 4,
Melati Utama, 53100 Setapak,
Kuala Lumpur

Telefon: 603-4107-8590

Koordinat GPS: U 3.222977 T 101.731066

The post Restoran Rumah Thai Taman Melati appeared first on .

Nasi Beriani Sedap Shah Alam : Pak Anjang Bariani Johore

$
0
0

Mencari nasi beriani gam sedap di Shah Alam? Ramai yang mencadangkan saya untuk mencuba nasi beriani gam Johor di restoran Pak Anjang Bariani Johore. Bagi yang tidak tahu dimana terletaknya Pak Anjang Bariani, restoran ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam sebaris dengan kedai makan PappaRich. Landmark yang paling mudah untuk kesini ialah ianya terletak berdekatan dengan Giant Seksyen 13.

Selain nasi beriani gam, restoran ini turut menyajikan pelbagai makanan asli Johor seperti mee bandung, rojak petis dan sirap bandung. Pada sesi makan-makan kali ini sudah semestinya saya mencuba makanan authentic Johor iaitu nasi beriani gam ayam dan sirap bandung. Ramai yang cakap nasi beriani disini sedap dan terbaik.

Selain beriani gam ayam, restoran ini turut menyajikan nasi beriani gam kambing dan pelbagai lauk beriani seperti ayam, daging dan kambing. Layanan disini juga cepat pada waktu saya makan disini. Selepas beberapa minit order, makanan pon telah sampai.

Nasi Beriani Gam Ayam Pak Anjang

Nasi beriani gam disini disajikan dengan dalca dan acar timun. Nasinya juga panjang dan warnanya menarik perhatian anda untuk menjamunya. Kuah beriani ayamnya juga boleh tahan sedap dengan rasa rempah berianinya.

Apabila menjamu nasi beriani gam, sudah semestinya kena cuba sirap bandung Muar. Barulah lengkap kombinasinya. Sirap bandung Muar ini berharga RM3.50 segelas.

Air Sirap Bandung Muar

Apa yang membezakan sirap bandung Muar dengan sirap bandung adalah pada ramuannya. Sirap bandung Muar ini akan dicampur dengan aiskrim soda. Dan biasanya sirap bandung Muar ini hanya terdapat di restoran-restoran yang menyajikan nasi beriani dari Johor. Jarang sirap bandung ini dijual di restoran biasa. Bila dah sampai kesini jangan lupa untuk cuba sirap bandung Muar.

Keseluruhannya nasi beriani disini sedap dan kaya dengan rempahnya. Walaupon harga nasi beriani gam ayam disini RM12 sepinggan, namun anda akan berpuas hati. Cuma saiz hidangannya bagi saya mungkin tidak berapa besar. Sirap bandungnya juga sedap. Sekiranya anda penggemar nasi beriani gam, bolehlah anda singgah ke restoran Pak Anjang Bariani Johore untuk mencubanya.

Restoran Pak Anjang Nasi Beriani Johore

Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 9.30 malam dan ditutup pada hari Isnin minggu pertama dan ketiga.


Restoran Pak Anjang Bariani Johore
44 Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor

Telefon: 03-55106535

Koordinat GPS: U 3.088933 T 101.546588

The post Nasi Beriani Sedap Shah Alam : Pak Anjang Bariani Johore appeared first on .

Makan di Jusco AEON AU2 @ Rock Salt Grill & Coffee

$
0
0

Mencari idea nak makan mana di Jusco AEON AU2 Setiawangsa? Kali ini kami telah memilih untuk mencuba makanan di restoran Rock Salt Grill and Coffee yang terletak di tingkat bawah Jusco Setiawangsa.

Sebenarnya dah beberapa kali saya ke AEON AU2 dan apa yang saya perasan ada beberapa restoran yang telah ditutup disini. Seingat saya dulu ada restoran fast food Wendy’s dan Sakura Kristal di Jusco AEON AU2 tetapi sekarang Wendy’s dan Sakura Kristal dah tutup. Kenapa tutup saya pon tak pasti.

Berbalik pada makanan di restoran Rock Salt Grill and Coffee, ianya menyajikan pelbagai jenis makanan dari Middle East, Pakistan dan makanan western. Untuk makan tengahari kali ini, kami telah mencuba beberapa makanan Pakistan dan Arab.

Peshawari Chicken Karahi

Peshawari Chicken Karahi ini merupakan sejenis masakan dari utara Pakistan dan dimasak dengan menggunakan rempah. Rasanya agak sedap dan setiap hidangan ayam ini akan dihidangkan bersama dengan Nasi Mandi. Sepinggan Peshawari Chicken Karahi berharga RM19.50.

Nasi Ayam Mandi

Nasi Ayam Mandi memang sudah tidak asing lagi dengan penggemar makanan Arab. Makanan yang berasal dari Yemen ini dihidangkan bersama dengan nasi Arab dan sos pudina halia. Sepinggan Nasi Ayam Mandi berharga RM15.50. Secara peribadi saya lebih suka Nasi Ayam Mandi di restoran Saba cawangan Cyberjaya.

Chicken Butter

Chicken butter ini pula merupakan sejenis lauk kari ayam yang dihidangkan dengan Nasi Mandi. Hidangan chicken butter ini berharga RM11. Beras yang digunakan untuk menghasilkan nasi mandi datang daripada beras yang berkualiti tinggi.

Rock Salt Grill and Coffee Nasi Beriani Mandi

Secara keseluruhannya masakan disini tidak mengecewakan. Sekiranya anda kesini untuk mencuba makanan disini, kami menyarankan anda untuk mencuba sajian dari Pakistan seperti Peshawari Chicken Karahi.

Sekiranya anda bertanya adakah kami akan datang lagi kesini, sudah pasti kami akan datang semula kesini. Walaupon harga makanan disini mungkin sedikit mahal dari biasa, tetapi kepelbagaian menu yang terdapat disini membuatkan kami ingin datang semula kesini untuk mencuba makanan lain. Banyak makanan lain yang turut disajikan disini seperti lamb chop, ayam panggang, kebab, sandwich, kabsa, spaghetti dan pizza. Yang merisaukan kami adakah restoran ini mampu terus bertahan disini kerana dah banyak restoran yang telah menutup operasi disini.

Jika anda ingin makan di restoran ini, anda boleh pergi ke Jusco AEON AU2 yang terletak di Setiawangsa. Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10.30 malam.


Rock Salt Grill and Coffee
AEON AU2 Setiawangsa,
Lot G30 & G35, Ground Foor,
No. 6 Jalan Taman Setiawangsa,
Jalan 37/56, AU2 Taman Keramat,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-42666532

Koordinat GPS: U 3.177834 T 101.750331

The post Makan di Jusco AEON AU2 @ Rock Salt Grill & Coffee appeared first on .

Nasi Kandar Sedap : Raihan Nasi Kandar Pulau Pinang

$
0
0

Sesiapa yang bekerja di area Glenmarie Shah Alam pasti pernah makan di Restoran Nasi Kandar Raihan. Nasi kandar sini memang yang paling sedap di Glenmarie dan kalau waktu lunch memang beratur panjang.

Selain dipanggil Nasi Kandar Raihan, ada juga orang yang menggelarnya nasi ganja. Tetapi kini restoran Raihan sudah tidak beroperasi lagi di Glenmarie.

Baru-baru ini saya ke Puncak Alam untuk melihat projek perumahan Hillpark di sales gallery MKH disini dan secara tidak sengaja telah ternampak Restoran Nasi Kandar disini. Saya tidak pasti adakah ini restoran yang sama seperti di Glenmarie. Tetapi kalau dilihat pada taglinenya pada signage restoran nampak macam sama.

Memandangkan saya dah pon sampai ke Puncak Alam, apa kata saya cuba nasi kandar disini. Baru boleh tahu sama atau tidak dengan nasi kandar di Glenmarie.

Raihan Nasi Kandar

Nasi kandar disini dengan ayam goreng memang biasanya akan datang dengan serbuk rangup yang digoreng bersama ayam. Serbuk rangup ni lah yang membuatkan ayam gorengnya lebih sedap.

Nasi Kandar Raihan Sedap

Cumanya nasi kandar yang sama makan kali ini rasa macam kurang power kuah karinya. Macam tak cukup kaw. Tetapi ayam goreng dia masih sedap.

Nasi Kandar Sedap Selangor Raihan

Servis disini memang cepat sebab saya makan bukan waktu lunch. Orang pon tak berapa ramai dalam restoran waktu saya makan. Saya rasa waktu weekdays masa makan tengahari mungkin pelanggannya lebih ramai kerana restoran ini terletak berhampiran dengan kawasan industri ringan di Alam Jaya.

Dari segi rasanya mungkin nasi kandarnya dah tak kaw macam dulu tetapi masih sedap kalau nak dibandingkan dengan restoran mamak lain yang terdapat di sini. Kalau kuahnya masih kaw pasti nasi kandarnya akan lebih sedap.

Bagi yang ingin ke sini anda hanya perlu mencari pasaraya Econsave di pusat perdagangan Alam Jaya. Restoran Nasi Kandar Raihan terletak di corner lot deretan kedai pejabat yang terletak bersebelahan dengan pasaraya Econsave.


Restoran Raihan Nasi Kandar
Jalan PPAJ 2,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor

Koordinat GPS: U 3.240357 T 101.448564

The post Nasi Kandar Sedap : Raihan Nasi Kandar Pulau Pinang appeared first on .

Nasi Kukus Ayam Dara Sedap Taman Melati Kuala Lumpur

$
0
0

Di Kuala Lumpur ada banyak gerai atau restoran yang menjual nasi kukus ayam dara sedap. Nasi kukus ayam goreng berempah memang sedap kalau kena dengan kuahnya dan disajikan dengan ayam goreng berempah yang besar. Kali ini saya ingin kongsikan satu gerai yang menjual nasi kukus ayam dara di Kuala Lumpur. Pada pandangan peribadi saya, gerai ini merupakan salah satu gerai yang menjual antara nasi kukus ayam goreng berempah terbaik di KL dan Selangor.

Nasi kukus ini dijual di sebuah gerai tepi jalan berhampiran dengan Stesen LRT Taman Melati KL, lebih kurang 200m. Kalau berjalan kaki dari stesen LRT dalam 5 minit boleh sampai ke gerai ini. Nak mencari gerai ini pon tidak susah sebab ianya terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan flat Sri Langkawi di Taman Melati.

Nasi kukus ayam dara

Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah ini nampak macam biasa je tapi apabila dihidangkan dengan kuah gulainya yang kaw dan sambal belacannya, memang best. Apa yang saya suka dengan nasi kukus ayam goreng berempah disini ialah ianya dihidangkan dengan ikan masin sekali.

Ikan Masin

Bila ayam gorengnya dihidangkan dengan serdak memang lagi menyelerakan. Ditambah pulak dengan daun karinya, makin harum baunya.

Lauk Nasi Kukus Ayam

Makanan Nasi Kukus Ayam Dara Sedap Melati

Nasi kukus ayam dara disini dihidangkan secara bungkus yang diletakkan didalam pembalut dengan daun pisang. Kuah gulainya yang pekat memang kaw dan menyelerakan apabila dimakan bersama ayam goreng berempahnya. Sebungkus nasi kukus ayam dara ini berharga RM6.

Nasi Kukus Ayam Dara Sedap KL

Kalau datang pada masa bukan peak hour servisnya memang cepat. Tapi kalau datang masa peak hour, kenalah beratur sikit. Gerai ini dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 3 pagi.


Gerai Nasi Kukus Ayam Dara @ Taman Melati KL
Jalan Madrasah,
Taman Melati Kuala Lumpur

Koordinat GPS: U 3.219659 T 101.720552

The post Nasi Kukus Ayam Dara Sedap Taman Melati Kuala Lumpur appeared first on .


Ayam Percik Sedap : Restoran Yati Ayam Percik

$
0
0

Agaknya dimana nak cari ayam percik sedap di Kuala Lumpur dan Selangor? Bagi orang Kelantan, mereka pasti dah biasa dengan Yati Ayam Percik di Kota Bharu. Kini di Bandar Baru Bangi sudah ada cawangan restoran Yati Ayam Percik yang famous dengan sajian ayam percik.

Yati Ayam Percik telah bertapak lebih dari 40 tahun dan terkenal dengan pelbagai makanan asli Kelantan seperti nasi kerabu, ayam percik, sattar, dan daging bakar. Bagi penggemar makanan dari Pantai Timur memang disinilah destinasinya.

Setiap kali saya ke Kota Bharu, saya terasa ingin mencuba ayam percik di sana namun sentiasa gagal disebabkan jadual yang terlalu padat. Namun apabila saya tahu restoran ini telah dibuka di Bandar Baru Bangi saya terus mencubanya apabila kebetulan saya singgah di Bandar Baru Bangi.

Dari luar restoran, nampak seperti sebuah restoran yang menarik dengan susunan lampu serta hiasan dalaman yang cantik. Namun yang paling penting adakah rasanya sedap seperti tagline di luar restorannya ‘Pilihan Terkenal Dari Kota Bharu’ ?

Yati Ayam Percik Kelantan

Kami mencuba beberapa menu disini. Nasi kerabu ayam percik ini berharga RM8.50. Bagi saya hidangan ini adalah pilihan utama yang harus dicuba apabila anda ke sini. Nak kata ayam perciknya sedap, pada pendapat saya bolehlah. Cuma portion inti nasi kerabunya terlalu simple.

Nasi Kerabu Ayam Percik Yati

Seterusnya adalah hidangan Nasi Yati Ayam Percik yang berharga RM7.90. Secara jujurnya saya kurang berminat dengan hidangan ini. Yang menyelamatkan hidangan ini adalah ayam perciknya.

Nasi Yati Ayam Percik

Selain daripada hidangan tradisi dari Kelantan, restoran ini turut cuba mengetengahkan sajian berkonsepkan barat. Sepinggan chicken steak ini berharga RM8.50. Hidangan ini disajikan dengan ayam percik dengan kentang goreng serta salad.

Chicken Steak Yati Ayam Percik

Dari segi harga, keseluruhan hidangan kami serta minuman untuk 3 orang berjumlah RM36 termasuk servis caj 5%. Sebenarnya saya pon tidak faham kenapa mereka mengenakan servis caj kerana layanan yang diberikan tidaklah setanding dengan caj yang dikenakan. Harga yang dikenakan juga adalah sedikit mahal berbanding restoran lain yang menyajikan ayam percik dan nasi kerabu. Walaubagaimanapon sekiranya anda teringin untuk makan ayam percik Kelantan, anda boleh singgah ke sini kerana rasanya boleh tahan.

Bagi yang ingin mencuba ayam percik ini, anda boleh pergi ke cawangan restoran Yati Ayam Percik yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Dan bagi pembaca setia kami, kongsikan tempat makanan yang best dan sedap di laman facebook KL Urbanite untuk kami cuba.


Yati Ayam Percik Cawangan Bandar Baru Bangi
21, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi
43650, Bandar Baru Bangi
Selangor

Tel : 0389275636

Koordinat GPS: U 2.963415 T 101.752851

The post Ayam Percik Sedap : Restoran Yati Ayam Percik appeared first on .

Hotel Budget Murah di Johor Bahru : Review Hotel Tune Danga Bay

$
0
0

Kalau merancang bercuti ke Johor Bahru,mana nak cari hotel murah di JB ? Saya cadangkan anda untuk menginap di Hotel Tune Danga Bay Johor. Hotel budget ini selesa dan harganya juga berpatutan. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelebihan dan kekurangan Hotel Tune bolehlah baca review hotel ini.

Hotel Tune ini terletak di Danga Bay yang merupakan sebuah kawasan yang sedang pesat membangun di Johor Bahru. Lokasinya tidaklah terlalu dekat dengan bandar JB atau Nusajaya. Sekiranya anda ingin menginap disini pastikan anda mempunyai kenderaan bagi memudahkan pergerakan anda. Namun sekiranya anda tiada pengangkutan jangan risau kerana anda boleh membeli tiket bas shuttle.

Hotel ini memang popular dengan pelancong yang ingin bercuti ke Singapura kerana hotel ini ada menyediakan perkhidmatan bas shuttle dari hotel Tune JB ke Resorts World Sentosa. Di Resorts World Sentosa ada banyak tarikan pelancong seperti Universal Studio Singapore (USS), S.E.A Aquarium, Dolphin Island, Adventure Cove Waterpark, Marine Life Park dan Maritime Experiential Museum. Tambang tiket bas pergi dan balik yang dikenakan adalah RM25. Dapatlah anda menjimatkan wang sebab penginapan di Singapura agak mahal dan anda boleh gunakan lebihan wang untuk berbelanja di USS. Bagi yang ingin pergi ke Legoland Malaysia atau Legoland Water Park pula anda turut boleh membeli tiket bas shuttle untuk ke sana. Sekiranya anda ingin memandu, jarak dari Hotel Tune Danga Bay ke Legoland adalah lebih kurang 14km. Bila dah sampai ke Nusajaya, selain Legoland anda juga boleh membawa anak-anak anda bermain di taman tema Sanrio Hello Kitty World dan Little Big Club.

Tune Hotel Danga Bay JB

Parking disini juga agak mudah kerana terdapat kemudahan letak kenderaan yang disediakan di luar hotel. Bagi yang ingin makan, terdapat kafe yang beroperasi di hotel ini.

Hotel ini menyediakan beberapa pilihan katil sama ada katil saiz queen atau dua single bed. Katilnya selesa untuk tidur. Biliknya juga bersih. Di dalam bilik ada disediakan kipas, penghawa dingin, wifi, tv lcd, bilik air, peti simpanan barang dan almari.

Hotel Murah JB Tune Hotel

Walaubagaimanapon, ada beberapa kemudahan yang terdapat di bilik yang perlu dibeli berasingan. Disebabkan konsepnya adalah lebih kurang sama macam Air Asia, setiap tambahan seperti siaran TV Astro, penghawa dingin, tuala, sabun mandi, sarapan pagi dan WIFI perlu dibeli berasingan dan tidak termasuk dalam caj bilik. Semua tambahan ini boleh dibeli semasa anda membuat tempahan online.

TV LCD hotel murah jb

Memandangkan hotel ini adalah merupakan hotel budget, saiz biliknya agak sempit dan kurang ruang untuk anda bergerak di dalam bilik. Jarak antara dinding muat-muat je untuk masukkan katil saiz queen. Bagi yang klaustrofobia mungkin hotel ini tidak sesuai untuk anda.

Bilik Budget Tune Hotel Danga Bay

Sekiranya anda tidak bercadang menghabiskan masa yang lama di dalam bilik dan hanya akan balik ke bilik untuk berehat dan tidur, hotel ini sesuai untuk anda.

Selain bilik yang sempit, satu perkara yang saya tidak suka semasa kami menginap disini adalah tandas yang terdapat dalam bilik kami tersumbat.

Keseluruhannya, sekiranya bilik yang murah adalah keutamaan anda semasa memilih hotel untuk bercuti, maka Hotel Tune Danga Bay sesuai untuk anda. Biliknya nampak moden dan dilengkapkan dengan kemudahan asas. Walaubagaimanapon sekiranya saiz bilik adalah keutamaan anda, maka hotel ini tidak sesuai untuk anda.

Kami membelanjakan RM48 untuk bilik Double Room dan tambahan RM36 untuk menikmati penghawa dingin selama 24 jam, siaran TV selama 24 jam, Wifi untuk 24 jam serta tuala dan sabun. Jumlah keseluruhan adalah lebih kurang RM92. Untuk mengurangkan lagi kos, anda boleh mengambil tambahan pakej Cozy atau Comfort kerana ianya lebih murah berbanding jika anda membayar berasingan kemudahan seperti TV, aircond, WIFI, tuala dan sabun. Pada harga yang sangat murah dan rekaan bilik yang moden serta bersih, agak berbaloi untuk menginap disini. Duit yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk membeli belah di Johor Premium Outlet atau makan makanan yang sedap di Johor Bahru.


Hotel Tune Danga Bay Johor
Lot PTB 22819, Jalan Skudai,
Mukim Bandar Johor Bahru,
80200 Johor Bahru, Johor.

Telefon: 072329010

Koordinat GPS: U 1.484967 T 103.717197

The post Hotel Budget Murah di Johor Bahru : Review Hotel Tune Danga Bay appeared first on .

Hotel Murah Langkawi : Review Hotel Amara Guesthouse Langkawi

$
0
0

Di Langkawi terdapat banyak hotel murah atau budget yang anda boleh pilih di Kuah atau Pantai Cenang. Dalam ruangan review hotel ini, Amara Guesthouse di Kuah menjadi pilihan untuk diberikan review oleh kami.

Ini adalah merupakan kali pertama kami menginap di Amara Guesthouse dan apa yang membuatkan kami memilih hotel ini semasa membuat tempahan adalah kerana harganya dan juga gambar yang terdapat di laman web Agoda. Pada harga RM85 semalam, nampak macam satu tawaran yang berbaloi.

Untuk mencari hotel ini mungkin sedikit sukar bagi yang tidak biasa dengan Langkawi kerana hotel ini tidak terletak di tepi jalan utama. Ianya sedikit tersorok ke belakang tetapi sekiranya anda menggunakan GPS atau aplikasi Googlemaps di telefon Apple iPhone atau Android seperti Samsung Note 3, Samsung Galaxy S5, HTC One atau Sony Xperia, anda mungkin akan lebih mudah untuk sampai ke hotel ini.

Dari luar, hotel ini dicat dengan warna seakan-akan merah jambu ungu. Hotelnya juga tidak tinggi, cuma 3 tingkat sahaja. Tempat letak kenderaan juga disediakan di tepi hotel. Tidak susah nak mencari parking disini.

Hotel Murah Langkawi Amara Guesthouse

Sampai sahaja disini, kami terus ke lobi untuk check-in. Proses check-in cepat dan mudah. Walaubagaimanapon, untuk ke bilik anda terpaksa menaiki tangga kerana disini tiada lif. Bagi yang menginap disini dengan orang tua atau OKU serta membawa bag yang banyak mungkin situasi ini akan sedikit menyusahkan. Laluan ke bilik juga tidak berapa bersih.

Sampai sahaja ke bilik kami, biliknya agak luas. Katilnya juga besar. Agak ok bagi sebuah hotel budget. Tandas juga disediakan dalam bilik. Wifi disediakan di hotel ini tetapi kami tidak dapat menggunakan wifi kerana signalnya tidak berapa sampai ke bilik kami.

Bilik Hotel Budget Amara Guesthouse

Di dalam bilik ada disediakan TV LCD, cerek, water heater dan penghawa dingin. Walaubagaimanapon, disini tiada siaran Astro. Yang disediakan cumalah siaran tv menggunakan antena biasa. Bilik juga mengambil sedikit masa untuk sejuk apabila dihidupkan penghawa dingin.

Bilik Hotel Murah Langkawi Amara Guesthouse

Keseluruhannya, asalkan anda tidak meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi anda akan pulang dengan gembira. Jangan harapkan bilik atau tandas yang moden serta kemudahan hotel 3 bintang di guesthouse ini. Pada harga RM85 semalam, ianya masih berbaloi cuma ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti kebersihan hotel dan signal wifi ke bilik. Lokasinya walaupon sedikit tersorok, sebaik sahaja anda membiasakan diri dengan kedudukan hotel ini akan dapat rasakan hotel ini berada di kedudukan yang strategik kerana terletak berdekatan dengan terminal feri serta kawasan kedai yang banyak menjual barangan bebas cukai murah di Kuah Langkawi. Pastikan anda tidak lupa untuk menyewa kereta sekiranya anda ingin mudah bergerak di Langkawi.


Amara Guesthouse Langkawi
Lot 3787, Jalan Sri Lagenda Off Jalan Penarak,
Kuah, 07000
Langkawi, Kedah Darul Aman.

Telefon: 049671717

Koordinat GPS: U 6.318837 T 99.856303

The post Hotel Murah Langkawi : Review Hotel Amara Guesthouse Langkawi appeared first on .

Tempat Makan Port Dickson : Restoran Nasreen Seafood Songkhla

$
0
0

Port Dickson merupakan destinasi percutian popular di Malaysia. Bila dah ke PD, pasti ramai mencari mana tempat makan dan restoran sedap di Port Dickson. Sebenarnya Port Dickson tidaklah sama seperti Pulau Pinang yang menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang famous dan sedap seperti nasi kandar, sup, pasembor, mee goreng, rojak dan cendol. Tetapi Port Dickson masih menawarkan beberapa pilihan tempat makanan yang popular dan best di kalangan penduduk tempatan seperti nasi ayam, tomyam dan seafood.

Apa yang membuatkan kami ingin mencuba makanan di Restoran Nasreen adalah kerana restoran ini disenaraikan sebagai salah satu tempat makan di laman web Majlis Perbandaran Port Dickson. Memandangkan laman web majlis pon membuat rekomendasi restoran ini, apa salahnya kalau kami mencuba makanan di sini. Sebelum kami ke sini kami telah pon menyemak laman web foursquare bagi melihat komen pengunjung yang pernah mencuba makanan di Nasreen Seafood. Terdapat mix review di mana ada yang kata servis di sini lambat, ada yang kata makanan di sini sedap dan ada juga yang kata makanan di sini biasa je.

Sebelum anda baca review ini, saya ingin ingatkan pembaca bahawa saya ke restoran ini semasa bukan musim cuti sekolah. Waktu bukan peak season mungkin servisnya tidak sama seperti waktu peak season terutamanya waktu cuti sekolah.

Saya sampai ke restoran dalam pukul 8 malam dan waktu ni pon agak ramai orang di restoran. Saya pon order beberapa jenis makanan setibanya disana. Jujurnya memang pelayan disini kurang senyum apabila mengambil order dan kita perlu melambai-lambai untuk menarik perhatian pelayan. Tetapi memandangkan saya telah sedia maklum dengan layanan disini, saya tidak berapa kisah sangat dan telah merendahkan sedikit expectation saya. Lebih kurang 15 minit kemudian makanan kami pon sampai. Not bad pada pendapat saya. Takdelah lambat sangat makanannya sampai.

Kami telah memilih ikan siakap masak tiga rasa sebagai sajian utama makan malam kami. Bagi saya sajian ini ok dan ikannya pon digoreng rangup mengikut taste saya. Sepinggan ikan masak ini berharga RM38.

Ikan Masak Tiga Rasa

Harga ayam goreng kunyit ini RM5 sepinggan. Rasanya oklah tetapi saiz hidangannya tidak berapa besar memandangkan harga yang dikenakan adalah RM5 sepinggan.

Ayam Goreng Kunyit Nasreen Tomyam Port Dickson

Tomyam campur ini bagi saya sedap. Harganya RM6.

Tomyam Nasreen Port Dickson

Sayur kailan ikan masin ini pon boleh tahan. Harganya RM5 sepinggan.

Kailan Masak Ikan Masin

Telur dadar ini berharga RM1.40. Nothing special tentang telur dadar ni. Biasa je.

Telur Dadar

Keseluruhannya kami berpuas hati dengan makanan disini. Rasa makanannya sedap pada pendapat kami. Jumlah harga untuk dinner kami berdua ialah RM61.20. Bagi kami harganya tidak murah dan tidak juga terlalu mahal. Parking disini juga mudah kerana disediakan tempat letak kereta yang banyak di tepi restoran. Cuma jika layanan yang diberikan oleh pelayan lebih mesra pelanggan mungkin pengalaman kami menjamu selera disini lebih baik. Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi dengan layanan di sini. Sekiranya anda merendahkan sedikit expectation anda, mungkin anda akan lebih menikmati makanan di sini.

Nasreen Seafood Songkhla Port Dickson

Bagi yang ingin makan di sini dan tidak mahu menunggu lama untuk makanan sampai, boleh cuba untuk datang sebelum peak hour dinner untuk mengelakkan waktu sibuk di restoran ini. Kalau tidak nanti mungkin ada yang akan hilang mood holiday.


Restoran Nasreen Seafood Songkhla Port Dickson
Jalan Pantai,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Koordinat GPS: U 2.457479 T 101.856235

The post Tempat Makan Port Dickson : Restoran Nasreen Seafood Songkhla appeared first on .

Wangsa Grill by Chef Zubir : Restoran Juri MasterChef Malaysia

$
0
0

Pernah dengar restoran Wangsa Grill by Chef Zubir ? Restoran ini dimiliki oleh Chef Zubir yang popular dalam siri tv realiti MasterChef Malaysia melalui pembabitannya sebagai juri dalam rancangan tersebut. Selain Wangsa Grill, Chef Zubir turut mempunyai sebuah lagi restoran di Shah Alam iaitu Laman Grill. Seperti biasa, sesi review makan kali ini membawa kami ke restoran ini yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Dan bagi yang tertanya-tanya apakah menu makanan yang disajikan di Wangsa Grill teruskan membaca artikel ini.

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan dari Barat dan penggemar makanan western pasti akan tertarik untuk mencuba makanan disini. Hiasan dalaman restoran ini dihias dengan baik dan membangkitkan suasana kasual dan santai, sesuai bagi yang ingin makan bersama pasangan istimewa anda. Walaubagaimanapon harus diingatkan restoran ini kebiasaannya penuh pada waktu malam dan lebih elok jika anda membuat tempahan sebelum datang.

Interior Masterchef Wangsa Grill

Kami telah memilih beberapa jenis makanan untuk dicuba. Antara yang menjadi pilihan kami ialah hidangan Wangsa Grill Ribs Sampler yang berharga RM59.50.

Ribs Sampler Western Food KL Masterchef Chef Zubir

Hidangan ini telah disajikan dengan menarik ala-ala hidangan yang disajikan dalam rancangan MasterChef dan menggunakan warna hijau untuk menimbulkan kontras pada hidangan tersebut. Walaupon hidangannya berjaya dipersembahkan dengan cantik tetapi saiz hidangannya nampak seperti sedikit memandangkan harga yang dikenakan tidaklah begitu murah. Tetapi harus diakui rasa kuah yang digunakan untuk hidangan ini lain daripada yang lain dan dagingnya juga lembut dimasak dengan sempurna.

Hidangan seterusnya yang menjadi pilihan kami ialah Braised Beef Back Ribs yang berharga RM49.50.

Beef Rib Sedap KL

Seperti hidangan sebelumnya, sajian ini turut mempunyai kualiti persembahan yang menarik tetapi saiz hidangannya yang tidak besar. Rasanya juga enak pada pendapat saya.

Kami turut mencuba menu makanan berasaskan ayam iaitu Marbled Chicken yang berharga RM29.50.

Chicken Wangsa Grill Western KL

Daging ayam dalam hidangan ini juga terasa lembut dan dipersembahkan dengan menarik.

Kami turut mencuba sajian pencuci mulut untuk mengakhiri makan malam kami.

Dessert Western Wangsa Grill Chef Zubir

Sajian Warm Lava Chocolate Cake ini berharga RM15.50. Walaupon rasa dessert nya sedap tetapi terasa macam sedikit manis kek tersebut dan saiz hidangannya juga terlalu kecil.

Sepanjang kami berada di restoran, kami tidak bernasib baik untuk berjumpa dengan Chef Zubir kerana beliau tidak berada di restoran.

Keseluruhannya kami berpuas hati dengan kualiti persembahan sajian disini serta rasa hidangan disini. Dengan suasana ekslusif ala-ala hotel didalam restoran, pasti akan membuatkan anda dapat menikmati hidangan dalam keadaan yang selesa.

Walaubagaimanapon, saiz hidangannya yang kecil mungkin membuatkan sesetengah pengunjung yang berselera besar akan pulang tidak kenyang. Harga yang dikenakan juga agak mahal jika dilihat pada saiz hidangannya dan harganya lebih kurang sama dengan restoran western bertaraf antarabangsa yang lain.

Selain itu kami dapati kualiti layanan disini mungkin tidak setimpal dengan harga yang dikenakan. Antaranya servis perkhidmatan disini sedikit perlahan seolah-olah restoran kekurangan pelayan. Walaubagaimanapon kami memuji layanan pelayan disini yang sentiasa menjawab pertanyaan kami dengan senyuman.

Wangsa Grill Wangsa Melawati KL Chef Zubir

Exterior Restoran Wangsa Grill

Sekiranya anda ingin mengunjungi restoran Wangsa Grill by Chef Zubir, restoran ini terletak di Dataran Wangsa, sebuah kawasan kedai baru berhampiran dengan pejabat KWSP di Wangsa Melawati. Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 11 malam.


Wangsa Grill by Chef Zubir
8-10, Jalan Dataran Wangsa,
Wangsa Melawati,
53300, Kuala Lumpur

Tel : 0196105783 / 0126995417

Koordinat GPS: U 3.207702 T 101.741863

The post Wangsa Grill by Chef Zubir : Restoran Juri MasterChef Malaysia appeared first on .

Viewing all 40 articles
Browse latest View live


Latest Images